Tuesday, 1 May 2012

Susulan Dakwaan Tapis Berita BERSIH 3.0, BBC Selar Stesen TV Berbayar Astro


 


[TMI] KUALA LUMPUR, May 1 — British Broadcasting Corporation (BBC) menyelar tindakan penapisan Malaysia berhubung liputan mereka sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu apabila liputan mereka dikeluarkan daripada laporan Astro.

“Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan.

“Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran,” kata wakil BBC melalui emel kepada The Malaysian Insider.

Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat “permohonan segera” kepada Astro agar memberikan sebab mengapa menapis siaran dua minit terhadap protes ganas tersebut.

“BBC meminta penjelasan segera kepada Astro untuk mengemukakan alasan mereka.

“Laporan anti Kerajaan di Malaysia telah disunting sebelum disiarkan di televisyen satelit Malaysia, dengan bahagian tersebut dipindahkan daripada bersi asal BBC,” katanya.

Menurut laman YouTube yang boleh diperolehi dalam kenyataan tersebut, laporan BBC ketika Bersih 3.0 telah dipendekkan kepada beberapa saat termasuk rakaman dengan dua perusuh.

Video berkenaan menunjukkan perbezaan laporan BBC dan yang disiarkan oleh saluran Malaysia boleh di tonton di:http://www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0

Ketika sesi temuramah dengan seorang lelaki, dipercayai berbangsa Cina, dia telah berkata kepada BBC polis telah melepaskan gas pemedih mata apabila perusuh berhasrat untuk berunding.

“Mereka melepaskan gas pemedih mata berbanding meminta maaf, kami tahu ia hanya tembakan tidak sengaja, kami cuba tawarkan perdamaian, tapi mereka tetap melepaskan tembakan,” katanya.

Dalam temu ramah selanjutnya, seorang lelaki India telah menjelaskan alasan beliau menyertai perhimpunan tersebut dan secara tiba-tiba bertukar ganas ketika jam 3 petang pada Sabtu.

“Saya ke sini untuk melihat apa yang ada pada pilihan raya yang adil dan bebas. Itu sahaja.

“Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas dan bersih. Ketika ini, ia tidak bebas. Okay? Jadi saya berhasrat untuk berada di sini kerana ia hari bermakna buat Malaysia,” katanya di sekeliling ribuan peserta yang hadir sebelum halangan di Dataran Merdeka diruntuhkan.

Laporan televisyen tempatan turut mengeluarkan bahagian lain laporan BBC, yang mana menunjukkan rakaman daripada atas polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

Kata-kata koresponden BBC, Emily Buchanan turut dikeluarkan daripada petikan berkenaan.

“Tidak jelas bagaimana keganasan itu bermula,” katanya dalam petikan yang disiarkan.

“.... namun selepas perhimpunan itu diisytiharkan berjaya dan orang ramai mula pulang ke rumah, halangan itu diruntuhkan ...,” katanya dalam petikan yang disensorkan.

“... pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh,” katanya, dan petikan rakanan itu disiarkan.

Perhimpunan Sabtu lalu memberikan laporan negatif terhadap nedia antarabangsa, yang mana menyelar pentadbiran Najib.

Menurut BBC, walaupun jumlah peserta yang besar, kerajaan dilihat tidak berminat untuk mengubah dan pilihan raya dijangkal bakal berlaku Jun depan, terlalu awal untuk pembaharuan dilaksanakan.

“Ini bermakna, akan ada lebih banyak penentangan politik.”

Perhimpunan Bersih kali ini lebih ganas daripada 9 Julai tahun lalu, Bersih 3.0 telah bertelagah mencari kesalahan kerajaan dan pembangkang siapa yang menjadi pencetus keganasan antara polis dan perusuh.
 
 
 
P/s: Orang BAYAR Astro untuk menonton siaran/rancangan asal yang dibeli daripada stesen luar negara. Apa hak Astro untuk menapis sesuatu yang tidak selari dengan kepentingan politik Regim Najib?
 
  Orang ramai sudah mempelekeh kredibiliti RTM dan Media Prima, adakah Astro mahu menyertai media pengampu itu?

Kalaulah perkhidmatan Astro ini tidak bersifat monopoli, rasanya sudah banyak pelangganyang meninggalkan stesen TV berbayar ini!

No comments:

Post a Comment