Tindakan mahasiswa mengkalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) nampaknya menggamit perbezaan pendapat di kalangan agamawan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU), Fathul Bari Mat Jahaya mengkritik tindakan itu.
Manakala Pengasas Sekolah Pemikiran As-Syatibi, Wan Ji Wan Hussain mengkritik balas beberapa pendapat Fathul Bari.
Fathul Bari menuduh mahasiswa berkenaan cuba melakukan simbol pengkafiran ke atas Najib yang juga Presiden Umno.
“Sedangkan
Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu orang Islam. Apa
ertinya jika kita panggil orang beragama Islam dengan panggilan
mendiang?
“Mereka mungkin tak faham hukum hakam
agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak
matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas,” tegasnya di Sinar Harian Online.
Jawapan berbeza
Wan Ji dalam reaksi spontan pada PenangInsight.com berkata, perbuatan mengkalungkan bunga itu adalah adat, bukan sahaja pada 'Si Mati' tetapi juga pada orang yang masih hidup.
Maka katanya, tidak wajar disempitkan penafsiran perbuatan mahasiswa terbabit dengan memanipulasi faham agama Islam.
Lebih
penting dan menjadi perkara pokok, menurut beliau, adalah membincangkan
baik atau buruk sistem Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) itu terhadap rakyat terbanyak di negara ini.
"Perdana
Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Najib) sendiri pernah
dikalungkan bunga dalam satu perayaan agama (Hindu) di Batu Cave sebelum
ini, tetapi tidak dibantah oleh iLMU.
"Itu (kalung bungan kepada Najib dan Rosmah) adat atau agama (Hindu)? Dia (Najib) masih hidup atau mati (ketika itu)?
"Jangan sempitkan soal budaya dengan memanipulasi agama (hukum Islam) jika itu tujuannya," ujarnya.
Isu Takafir (saling mengkafir)
Menurut
Fathul Bari, perbuatan mahasiswa terbabit yang mengkalungkan bunga pada
gambar kedua-dua pemimpin negara itu boleh membawa pada kekafiran.
Ini kerana katanya "Simbol pengkafiran boleh berlaku sama ada secara lisan ataupun dengan isyarat".
Mengulas
kenyataan "pengkafiran" itu, Wan Ji berpendapat Fathul Bari seolah-olah
cuba mengkafirkan mahasiswa Islam yang menyuarakan bantahan ke atas
pentadbiran Najib pula.
"Kalau perbuatan itu
(mengkalung bunga pada gambar) suatu 'pengkafiran', adakah Ustaz iLMU
(Fathul Bari) cuba mengkafirkan pelajar-pelajar terbabit pula kerana
memprotes sistem yang dianggap menindas ini (PTPTN)," soal Wan Ji yang
juga mahasiswa lanjutan Maqasid asy-Syariah di Universiti Malaysia
Kelantan (UMK).
Sindir pemimpin zalim itu wajib
Wan
Ji menjelaskan, perbuatan mengkalungkan bunga pada gambar kedua-dua
pemimpin negara itu adalah di bawah ketegori adat yang harus.
"Kaedah
fiqh menyebut, 'asal sesuatu itu adalah harus' pada semua perbuatan
di bawah ketegori adat namun kaedah sebegini ditolak oleh sesetengah
agamawan yang literalis (iaitu) yang berpegang pada zahir nas (al-Quran
dan al-Hadith).
Wan Ji (kiri)
menjelaskan bahawa kaedah fiqh itu berdasarkan firman Allah yang
bermaksud, "Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara
yang ada di bumi” (rujuk Surah Al-Baqarah : 25).
Tambahnya
lagi, Fathul Bari sepatutnya membincangkan isu pokok, iaitu baik buruk
sistem PTPTN yang lebih dilihat membebankan mahasiswa terbanyak
berbanding perkara harus, iaitu adat mengkalung bunga pada gambar
Najib-Khaled.
"Tanpa merujuk pada fathul Bari, golongan literalis agama umumnya keliru dalam soal adat dan aqidah.
"Sindiran
menggunakan perbuatan adat juga adakalanya ditolak oleh mereka
sungguhpun di dalam al-Quran pun kaya dengan sindiran-sindiran kepada
mereka yang zalim dan sebagainya," ujarnya.
Beliau
menjelaskan, contoh lafaz sindirian dalam al-Quran antaranya bermaksud,
"maka gembirakanlah mereka bahwa mereka akan menerima siksa yang pedih"
(Surah Ali Iimran: 21)
"Kalau (lafaz) sindiran ada dalam al-Quran, takkan sindiran dalam hal adat (bukan mana-mana agama) ditolak di sisi syarak pula?
"Kalau
ada ayat al-Quran suruh (mewajibkan) umat Islam jangan cenderung pada
mereka yang zalim (ayat 113 dari Surah Hud), takkan menyindir seseorang
yang dianggap zalim tidak wajib?
"Kalau ditajamkan soal (mahasiswa tiada) adab, adab ini di bawah ketegori afdhaliyat dan
hukumnya sunat... yang selama-lamanya tidak boleh sampai menafikan
perkara yang wajib, iaitu tegur pemerintah yang membebankan rakyat.
"Jika
tindakan pelajar dianggap 'melampaui batas' ianya terhadap pemerintah
terbabit sahaja dan tidak sebesar 'melampaui batas' (oleh) kedua-dua
pemerintah terbabit yang membabitkan majoriti pelajar di negara ini
seperti yang dianggap oleh pelajar.
"Jangan
alpa... baik buruk PTPTN itu sendiri jangan diperkecil dengan
membesarkan isu adat yang harus ini (kalungan bunga)," ujar beliau.
Perbezaan pendapat di antara kedua-dua ilmuan muda ini tidak mustahil membuka ruang wacana seperti sebelum ini.
Wan Ji yang lebih dikenali sebagai Pak Shaik Muka Buku dan 'ulama Umno' Fathul Bari pernah duduk sepentas membincangkan mengenai baik buruk menegur pemimpin negara secara terbuka menurut disiplih maqasid asy-syariah. -END
No comments:
Post a Comment