Friday 20 April 2012

Mahathir Sudah Nyanyuk - Putar Belit Isu PTPTN

Najib Razak

Kenyataan Mahathir Muhammad bekas Perdana Menteri Malaysia yang dilaporkan kepada media Bernama telah memakan didrinya sendiri apabila ternyata putar belit yang beliau lakukan adalah salah.

Menurut Najwan Halimi, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KeAdilan, berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.



Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.

Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997. 
 
Ulasan BSM : Insaflah Mahathir, mungkin zaman anda sudah tamat. Tinggalkan sahaja duniawi ini. Carilah ukhrawi memandangkan usia kita terus mendekati ajal. Zaman awak dulu bolehla awak nak tipu sebab rakyat semua bodoh. Zaman sekarang kita ada ramai pakar dalam pelbagai bidang. Bukan awok aje ea?

Sumber : http://amirulhafizin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment