Thursday 19 April 2012

Ulasan BSM Isu Menteri Besar Terengganu Mat Said Cabar PAS

 

20 April 2012 : Satu lagi Figura yang sentiasa tidak berpuas hati dengan PAS. Seperti PAS sudah menjadi musuh tradisi lelaki ini telah memfitnah PAS yang telah menghasut 9 orang mahasiswa yang melakukan demonstrasi di Mesir bagi menuntut BERSIH 2.0 ang lalu.

Kenyataannya yang dipetik dari Berita Harian :

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencabar Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu.
“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih.
 
“Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.
Ulasan BSM : Ya mungkin benar 9 orang mahasiswa tersebut telah beremonstrasi menentang ketidakbersihan pilihanraya. Namun, ini tidak menjadi bukti kukuh menunjukkan mereka dipengaruhi mana-mana parti politik. Berkemungknan besar mereka telah mengkaji dahulu tentang isu ini.

Kenyataan Menteri Besar Terengganu amat memalukan dan menunjukkan betapa bencinya beliau kepada Parti Islam se-Malaysia itu.



No comments:

Post a Comment